Kata-kata Aluan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Assalamualaikum dan salam sejahtera Cikgu ucapkan kepada semua anak-anak murid cikgu.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya, blog Kelab Cikgu Halim (K.C.H) berjaya diterbitkan kembali setelah sekian lama menyepi. Cikgu mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam pembikinan blog ini.

Dengan adanya blog K.C.H, Cikgu berharap kesemua anak murid dapat mengikuti segala perkembangan dan aktiviti kelab dari semasa ke semasa. Selain itu juga, anak-anak murid sekalian dapat menambah ilmu pengetahuan berkaitan Seni Gayung Fatani melalui info-info yang diselitkan di dalam blog ini.

Di kesempatan ini juga, marilah kita bersama-sama membaca surah Al-Fatihah. Semoga terdapat pahala dalam bacaan kita dan pahala tersebut kita sedekahkan kepada Arwah Guru Utama kita Allahyarham Tuan Haji Anuar Abd Wahab A.M.N. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman. Al-Fatihah...amin, amin, Ya Rabbal Alamin...

HALIM BIN HAMIT
Guru Kanan
Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia
WP Kuala Lumpur


Isnin, 19 September 2011

LENCANA PERTUBUHAN

Perhatian kepada semua ahli Kelab Cikgu Halim, lencana pertubuhan boleh didapati terus dari Cikgu Halim dengan harga seperti berikut:



(1) Lencana Pertubuhan : RM7.00
(2) Lencana Jurulatih PSGFM : khas untuk jurulatih sahaja dan harga tertakluk kepada Cikgu Halim

Kedudukan lencana pada baju silat ialah di dada sebelah kiri.  Lencana ini mempunyai gam, walau bagaimanapun jahitan masih diperlukan supaya ia kekal dan tidak tertanggal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan