Kata-kata Aluan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Assalamualaikum dan salam sejahtera Cikgu ucapkan kepada semua anak-anak murid cikgu.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya, blog Kelab Cikgu Halim (K.C.H) berjaya diterbitkan kembali setelah sekian lama menyepi. Cikgu mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam pembikinan blog ini.

Dengan adanya blog K.C.H, Cikgu berharap kesemua anak murid dapat mengikuti segala perkembangan dan aktiviti kelab dari semasa ke semasa. Selain itu juga, anak-anak murid sekalian dapat menambah ilmu pengetahuan berkaitan Seni Gayung Fatani melalui info-info yang diselitkan di dalam blog ini.

Di kesempatan ini juga, marilah kita bersama-sama membaca surah Al-Fatihah. Semoga terdapat pahala dalam bacaan kita dan pahala tersebut kita sedekahkan kepada Arwah Guru Utama kita Allahyarham Tuan Haji Anuar Abd Wahab A.M.N. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman. Al-Fatihah...amin, amin, Ya Rabbal Alamin...

HALIM BIN HAMIT
Guru Kanan
Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia
WP Kuala Lumpur


Selasa, 29 Mei 2012

GURU MUDA KELAB CIKGU HALIM

Rakaman semasa Pertandingan Silat Melayu Kebangsaan tahun 2010, kategori Tempur disertai oleh 2 orang Guru Muda Kelab Cikgu Halim, iaitu Cikgu Emy Fadly (Abg Debob) dan Cikgu Nazim (Cicak Neraka)...KCH memperolehi pingat emas dalam kategori ini.


GURU UTAMA PSGFM

Mungkin ramai yang tidak berkesempatan melihat pengasas dan juga Guru Utama Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia Allahyarham Pendeta Tuan Haji Anwar Abd Ahab AMN bersilat...mari ikuti rakaman arwah semasa hidupnya.


Isnin, 7 Mei 2012

LATIHAN DAN UJIAN PENILAIAN SILAT PESILAT PERANCIS

Sedang berlansung dari semalam selama 15 hari, pesilat-pesilat gayung fatani Perancis datang ke Malaysia untuk latihan dan ujian penilaian silat.  Selamat berlatih dan semoga lulus ujian :)



Ahad, 6 Mei 2012

KEJUARAAN SILAT KEBANGSAAN KALI KE 16 2012

Berikut adalah antara aksi yang dirakam sepanjang kejuaraan...alhamdulillah, Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia bejaya membawa pulang 2 Emas, 2 Perak dan 5 Gangsa...secara keseluruhannya, tahun ini dianggap sebagai tahun kebangkitan Gayung fatani di persada silat tanah air...


Sekitar Perhimpunan 1000 Pendekar dan Majlis Perasmian Pembukaan Kejuaraan Silat Kebangsaan yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia



Bersama kumpulan gendang silat yang memeriahkan pertandingan

Cikgu Halim dan Zua selepas upacara kalungan pingat

Kak Eta (isteri Cikgu Halim) turut memberi sokongan sepanjang pertandingan

Team Gayung Fatani

Juara B Puteri Cikgu Mieza di podium juara

posing-posing 1

lagi-lagi posing...

wajah serius Cikgu Halim semasa menjadi pelepas

Gambar Ehsan: Zua

Team Gayung Fatani

penerima-penerima pingat bersama pengurus pasukan dan para jurulatih

srikandi gayung fatani

posing lagi...

Orang lama Kak Z dan pengurus pasukan Cikgu Kamarol

Pengerusi Gayung Fatani KL, Cikgu Shah mengucapkan tahniah kepada Juara B Puteri, Cikgu Mieza

sokongan suami kepada isteri tidak berbelah bagi...

penginapan pasukan di V Garden...first time tido hotel cantek camni...

briefing selepas pendaftaran dan timbang...

anak asri turut menyumbangkan suara memberi sokongan kepada fighters gayung fatani...

pengurus pasukan meraikan semua pesilat gayung fatani selepas upacara perasmian penutup oleh Timbalan Perdana Menteri

Cikgu Masliza, jurulatih pesilat wanita... 

ucapan tahniah cikgu halim kepada juara B puteri...

Panji-panji Gayung Fatani berkibar megah seiringan dengan lagu kebangsaan

pesilat gayung fatani menerima pingat dari Osman Nok

bergambar kenangan dengan pesilat terbaik 

ya...posing lagih...

juara di atas podium



ni apa hal nih???



sila lihat apa yg ditulis pada banner tersebut...berani mati ok...







































rupa pingat yang menjadi rebutan kali ini...memang cantik... 

 






 


pasangan tempur tangan kosong putera... 

penyampaian pingat oleh Timbalan Perdana Menteri kepada pesilat selepas menjuarai kategori berpasukan 

 

 
 
cenderamata kepada semua pasukan bertanding...