Kata-kata Aluan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Assalamualaikum dan salam sejahtera Cikgu ucapkan kepada semua anak-anak murid cikgu.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya, blog Kelab Cikgu Halim (K.C.H) berjaya diterbitkan kembali setelah sekian lama menyepi. Cikgu mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam pembikinan blog ini.

Dengan adanya blog K.C.H, Cikgu berharap kesemua anak murid dapat mengikuti segala perkembangan dan aktiviti kelab dari semasa ke semasa. Selain itu juga, anak-anak murid sekalian dapat menambah ilmu pengetahuan berkaitan Seni Gayung Fatani melalui info-info yang diselitkan di dalam blog ini.

Di kesempatan ini juga, marilah kita bersama-sama membaca surah Al-Fatihah. Semoga terdapat pahala dalam bacaan kita dan pahala tersebut kita sedekahkan kepada Arwah Guru Utama kita Allahyarham Tuan Haji Anuar Abd Wahab A.M.N. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman. Al-Fatihah...amin, amin, Ya Rabbal Alamin...

HALIM BIN HAMIT
Guru Kanan
Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia
WP Kuala Lumpur


Khamis, 27 Oktober 2011

LATIHAN SILAT OLAHRAGA KOMPLEKS MUHIBAH

Bagi menghadapi Kejohanan Silat Olahraga Remaja Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2011, geng KCH gelanggang Kompleks Muhibah giat menjalani latihan.  Berikut adalah beberapa aksi yang sempat dirakamkan...

























SESI FOTOGRAFI KEMENTERIAN PELANCONGAN MALAYSIA

Sesi fotografi yang diadakan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia di Taman Tasik Perdana untuk mempromosikan Malaysia di peringkat anrabangsa.  Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia melalui Kelab Cikgu Halim telah dipilih untuk mengetengahkan Seni Silat sebagai satu budaya bangsa Malaysia.  Antara yang terlibat ialah Cikgu Emy (Abg Debob), Cikgu Nazim, Nieda dan Nasriq.






























Isnin, 24 Oktober 2011

TAKZIAH

Assalamualaikum dan salah sejahtera,

Untuk makluman semua, Pengerusi Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia Tuan Haji Basiron Hamit telah pulang ke rahmatullah awal pagi tadi.  Jenazah berada di Desa Moccis, Sungai Buloh untuk disembahyangkan dan akan dikebumikan pada 1030 pagi di Merbau Sempak.

Marilah kita bersama-sama membaca surah Al-Fatihah.  Semoga terdapat pahala daripadanya dan disedekahkan kepada arwah.  Semoga rohnya ditempatkan di samping orang-orang yang beriman.

Pemergian arwah merupakan kehilangan besar kepada PSGFM.  Takziah kami ucapkan kepada ahli keluarga arwah.







foto ehsan Cikgu Z