Kata-kata Aluan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Assalamualaikum dan salam sejahtera Cikgu ucapkan kepada semua anak-anak murid cikgu.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya, blog Kelab Cikgu Halim (K.C.H) berjaya diterbitkan kembali setelah sekian lama menyepi. Cikgu mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam pembikinan blog ini.

Dengan adanya blog K.C.H, Cikgu berharap kesemua anak murid dapat mengikuti segala perkembangan dan aktiviti kelab dari semasa ke semasa. Selain itu juga, anak-anak murid sekalian dapat menambah ilmu pengetahuan berkaitan Seni Gayung Fatani melalui info-info yang diselitkan di dalam blog ini.

Di kesempatan ini juga, marilah kita bersama-sama membaca surah Al-Fatihah. Semoga terdapat pahala dalam bacaan kita dan pahala tersebut kita sedekahkan kepada Arwah Guru Utama kita Allahyarham Tuan Haji Anuar Abd Wahab A.M.N. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman. Al-Fatihah...amin, amin, Ya Rabbal Alamin...

HALIM BIN HAMIT
Guru Kanan
Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia
WP Kuala Lumpur


Ahad, 5 Februari 2012

FESTIVAL DAN KEJOHANAN PENCAK SILAT TAMING SARI IV TERBUKAIPT DAN JEMPUTAN ANTARABANGSA UKM 2012



Pasukan Yayasan Pendidikan Cheras (YPC)

Keputusan penuh: 2 emas 3 gangsa

Mieza (Puteri A) - Emas
Syazreen (Puteri B) - Emas
Cempaka (Puteri C) - Gangsa
Zua (Puteri D) - Gangsa
Afiq (Putera C) - Gangsa

Semoga KCH terus maju jaya...kepada yang tidak berjaya terimalah kekalahan dengan besar hati, yang menang pula terimalah kemenangan dengan rendah diri... :)

Sabtu, 4 Februari 2012

DEMONSTRASI SILAT SEMPENA HARI BELIA DI TESCO AMPANG

Koleksi gambar sepanjang demo sempena hari belia di tesco ampang...tarikh dah lupa plak bila hehe...