Kata-kata Aluan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Assalamualaikum dan salam sejahtera Cikgu ucapkan kepada semua anak-anak murid cikgu.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya, blog Kelab Cikgu Halim (K.C.H) berjaya diterbitkan kembali setelah sekian lama menyepi. Cikgu mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam pembikinan blog ini.

Dengan adanya blog K.C.H, Cikgu berharap kesemua anak murid dapat mengikuti segala perkembangan dan aktiviti kelab dari semasa ke semasa. Selain itu juga, anak-anak murid sekalian dapat menambah ilmu pengetahuan berkaitan Seni Gayung Fatani melalui info-info yang diselitkan di dalam blog ini.

Di kesempatan ini juga, marilah kita bersama-sama membaca surah Al-Fatihah. Semoga terdapat pahala dalam bacaan kita dan pahala tersebut kita sedekahkan kepada Arwah Guru Utama kita Allahyarham Tuan Haji Anuar Abd Wahab A.M.N. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman. Al-Fatihah...amin, amin, Ya Rabbal Alamin...

HALIM BIN HAMIT
Guru Kanan
Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia
WP Kuala Lumpur


Isnin, 26 September 2011

KETANGKASAN CIKGU HALIM

Pasti ramai di antara kita yang tidak pernah melihat guru kita Cikgu Halim Hamit beraksi...

Di sini saya titipkan video semasa Cikgu Halim dan Kak Zura mewakili Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia ke Kejohanan Seni Mempertahankan Diri di Perugia, Itali pada 13 hingga 15 Mei 2005.  PSGFM telah memenangi pertandingan ini sebaik sahaja tamat menunjukkan persembahan.  Antara guru-guru lain yang terlibat ialah Cikgu Aziwahija, Cikgu Shana dan Cikgu Nik Aderli.


Kejayaan Seni Gayung Fatani di pertandingan ini membuktikan nilai tinggi keilmuuan yang ada dalam Seni Gayung Fatani. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan