Kata-kata Aluan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Assalamualaikum dan salam sejahtera Cikgu ucapkan kepada semua anak-anak murid cikgu.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya, blog Kelab Cikgu Halim (K.C.H) berjaya diterbitkan kembali setelah sekian lama menyepi. Cikgu mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam pembikinan blog ini.

Dengan adanya blog K.C.H, Cikgu berharap kesemua anak murid dapat mengikuti segala perkembangan dan aktiviti kelab dari semasa ke semasa. Selain itu juga, anak-anak murid sekalian dapat menambah ilmu pengetahuan berkaitan Seni Gayung Fatani melalui info-info yang diselitkan di dalam blog ini.

Di kesempatan ini juga, marilah kita bersama-sama membaca surah Al-Fatihah. Semoga terdapat pahala dalam bacaan kita dan pahala tersebut kita sedekahkan kepada Arwah Guru Utama kita Allahyarham Tuan Haji Anuar Abd Wahab A.M.N. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman. Al-Fatihah...amin, amin, Ya Rabbal Alamin...

HALIM BIN HAMIT
Guru Kanan
Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia
WP Kuala Lumpur


Isnin, 19 September 2011

KEJOHANAN SILAT PRA SUKMA WP KUALA LUMPUR 2011

Pada 12 hingga 16 September 2011, Kelab Cikgu Halim telah mewakili Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) ke Kejohanan Silat Pra SUKMA WP Kuala Lumpur 2011.  Kejohanan telah berlangsung di Stadium Badminton Cheras.  Secara keseluruhan, KCH telah berjaya membawa pulang 9 pingat emas, 9 pingat perak dan 5 pingat gangsa.


Keputusan Penuh:

Silat Olahraga Putera
Kelas A - Fad (Pingat Perak)
Kelas B - Midi (Pingat Emas), Mizi (Pingat Gangsa)
Kelas C - Afiq (Pingat Gangsa), Along (Pingat Gangsa)
Kelas D - Wafi (Pingat Emas), Jambul (Pingat Perak)
Kelas G - Amer Polis (Pingat Emas)
Kelas Bebas - Mualli YPC (Pingat Emas)

Silat Olahraga Puteri
Kelas A - Mieza (Pingat Perak)
Kelas B - Syazreen (Pingat Emas), Syuhada (Pingat Perak)
Kelas C - Zua (Pingat Perak)
Kelas D - Aini (Pingat Perak)
Kelas E - Zalika (Pingat Gangsa)

Silat Seni
Tunggal Putera - Emai (Pingat Gangsa)
Tunggal Puteri - Syazreen (Pingat Emas), Shila (Tempat Ke Empat)
Ganda Lelaki - Afiq & Acap (Tempat Keempat)
Ganda Puteri - Syazreen & Mieza (Pingat Emas)
Jurus Wajib Putera - Wafi, Emai, Acap (Pingat Gangsa)
Jurus Wajib Puteri - Mieza, Syazreen, Zua (Pingat Emas)
Tempur Tangan Kosong Putera - Emai & Rauf (Pingat Perak)
Tempur Tangan Kosong Puteri - Mizza & Mirra (Pingat Perak)
Solo Kreatif Putera - Aliff (Pingat Emas)
Solo Kreatif Puteri - Zua (Pingat Perak)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan