Kata-kata Aluan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Assalamualaikum dan salam sejahtera Cikgu ucapkan kepada semua anak-anak murid cikgu.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya, blog Kelab Cikgu Halim (K.C.H) berjaya diterbitkan kembali setelah sekian lama menyepi. Cikgu mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam pembikinan blog ini.

Dengan adanya blog K.C.H, Cikgu berharap kesemua anak murid dapat mengikuti segala perkembangan dan aktiviti kelab dari semasa ke semasa. Selain itu juga, anak-anak murid sekalian dapat menambah ilmu pengetahuan berkaitan Seni Gayung Fatani melalui info-info yang diselitkan di dalam blog ini.

Di kesempatan ini juga, marilah kita bersama-sama membaca surah Al-Fatihah. Semoga terdapat pahala dalam bacaan kita dan pahala tersebut kita sedekahkan kepada Arwah Guru Utama kita Allahyarham Tuan Haji Anuar Abd Wahab A.M.N. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman. Al-Fatihah...amin, amin, Ya Rabbal Alamin...

HALIM BIN HAMIT
Guru Kanan
Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia
WP Kuala Lumpur


Selasa, 20 September 2011

KEJOHANAN PENCAK SILAT ANTARABANGSA PIALA TIMBALAN PERDANA MENTERI 2011


KCH diwakili oleh pesilat-pesilat dari gelanggang Kolej Pendidikan Yayasan Cheras (YPC).  Berikut adalah pencapaian para pesilat:

Silat Olahraga Putera:
B - Mizi
C - Afiq (Pingat Gangsa)
D - Jambul (Pingat Gangsa)
G - Amer YPC
H - Hanz
J - Mualli

Silat Olahraga Puteri:
A - Mieza (Pingat Emas)
B - Syazreen (Pingat Emas)
D - Zua (Pingat Emas)
E - Zety

Silat Seni
Tunggal Puteri - Syazreen (Pingat Gangsa)
Ganda Puteri - Mieza & Syazreen (Pingat Perak)
Regu Puteri - Mieza, Syazreen & Zua (Pingat Emas)

Keseluruhannya kita mendapat tempat ke3 keseluruhan daripada 24 pasukan yang bertanding dengan membawa pulang 4 Pingat Emas, 1 Pingat Perak dan 3 Pingat Gangsa.  Kecerian bertambah apabila Mieza dinobatkan sebagai Pesilat Wanita Terbaik.


Team Kolej Yayasan Pendidikan Cheras dan para penyokong

Penerima pingat.  Dari kiri Jambul, Syazreen, Mieaza, Zua, Afiq

3 Serangkai...

Mieza ditemubual wartawan selepas sesi penyampaian pingat

Kategori Tunggal Puteri

Kategori Jurus Wajib Puteri

Kategori Ganda Puteri

Kelas A Puteri

Kelas D Puteri

Kelas B Puteri

Kelas D Putera

Tiada ulasan:

Catat Ulasan