Kata-kata Aluan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Assalamualaikum dan salam sejahtera Cikgu ucapkan kepada semua anak-anak murid cikgu.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya, blog Kelab Cikgu Halim (K.C.H) berjaya diterbitkan kembali setelah sekian lama menyepi. Cikgu mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam pembikinan blog ini.

Dengan adanya blog K.C.H, Cikgu berharap kesemua anak murid dapat mengikuti segala perkembangan dan aktiviti kelab dari semasa ke semasa. Selain itu juga, anak-anak murid sekalian dapat menambah ilmu pengetahuan berkaitan Seni Gayung Fatani melalui info-info yang diselitkan di dalam blog ini.

Di kesempatan ini juga, marilah kita bersama-sama membaca surah Al-Fatihah. Semoga terdapat pahala dalam bacaan kita dan pahala tersebut kita sedekahkan kepada Arwah Guru Utama kita Allahyarham Tuan Haji Anuar Abd Wahab A.M.N. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman. Al-Fatihah...amin, amin, Ya Rabbal Alamin...

HALIM BIN HAMIT
Guru Kanan
Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia
WP Kuala Lumpur


Jumaat, 30 September 2011

BUKU SILAT: SEJARAH PERKEMBANGAN KURIKULUM SILAT MELAYU TRADISI DAN PEMBENTUKAN KURIKULUM SILAT MALAYSIA MODEN


Illustrasi Kulit Hadapan: Cikgu Halim dan Cikgu Nik Aderly sedang bermain keris

Buku karya Allahyarham Guru Utama Tuan Haji Anuar Abd. Wahab AMN ini merupakan adaptasi pembelajaran silat di gelanggang ke bentuk bahan ilmiah agar keilmuannya dapat diabadikan atau rujukan dan kajian generasi mendatang.

Buku ini terbahagi kepada 7 Bab yang membincangkan perkara seperti berikut:

Bab 1 - Pengenalan (Pengenalan kepada sejarah silat, budaya dan sastera melayu, silat dan pahlawan serta pendidikan silat Melayu tradisi ).

Bab 2 - Seni Gayung Fatani Malaysia (Sejarah Gayung Fatani, Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia, konsep dan falsafah pendidikan silat).

Bab 3 - Kurikulum (Kurikulum dan perkara yang berkaitan dengan pembelajaran silat tradisi).

Bab 4 - Kurikulum Silat PSGFM Moden Piawai 2002 (Pembangunan kurikulum silat yang lebih bersistematik berdasarkan pendidikan silat tradisi).

Bab 5 - Kerohanian Silat (Amalan-amalan kerohanian dalam Gayung Fatani dan adab-adab yang perlu dipatuhi).

Bab 6 - Huraian Kandungan Pelajaran Silat (penerangan khusus berkaitan kurikulum silat yang telah dibangunkan)..

Bab 7 - Keguruan (Berkaitan hal perguruan Gayung Fatani).

Buku ini merupakan buku wajib milik (macam Buku Rujukan/Teks) bagi setiap ahli.  Dapatkannya untuk pengisian penuh dan lanjut.

3 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. salam... bolehkah selain ahli memiliki naskah ini?

    BalasPadam