Kata-kata Aluan
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
Assalamualaikum dan salam sejahtera Cikgu ucapkan kepada semua anak-anak murid cikgu.
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya, blog Kelab Cikgu Halim (K.C.H) berjaya diterbitkan kembali setelah sekian lama menyepi. Cikgu mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam pembikinan blog ini.
Dengan adanya blog K.C.H, Cikgu berharap kesemua anak murid dapat mengikuti segala perkembangan dan aktiviti kelab dari semasa ke semasa. Selain itu juga, anak-anak murid sekalian dapat menambah ilmu pengetahuan berkaitan Seni Gayung Fatani melalui info-info yang diselitkan di dalam blog ini.
Di kesempatan ini juga, marilah kita bersama-sama membaca surah Al-Fatihah. Semoga terdapat pahala dalam bacaan kita dan pahala tersebut kita sedekahkan kepada Arwah Guru Utama kita Allahyarham Tuan Haji Anuar Abd Wahab A.M.N. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman. Al-Fatihah...amin, amin, Ya Rabbal Alamin...
HALIM BIN HAMIT
Guru Kanan
Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia
WP Kuala Lumpur
Khamis, 27 Oktober 2011
LATIHAN SILAT OLAHRAGA KOMPLEKS MUHIBAH
Bagi menghadapi Kejohanan Silat Olahraga Remaja Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2011, geng KCH gelanggang Kompleks Muhibah giat menjalani latihan. Berikut adalah beberapa aksi yang sempat dirakamkan...
SESI FOTOGRAFI KEMENTERIAN PELANCONGAN MALAYSIA
Sesi fotografi yang diadakan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia di Taman Tasik Perdana untuk mempromosikan Malaysia di peringkat anrabangsa. Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia melalui Kelab Cikgu Halim telah dipilih untuk mengetengahkan Seni Silat sebagai satu budaya bangsa Malaysia. Antara yang terlibat ialah Cikgu Emy (Abg Debob), Cikgu Nazim, Nieda dan Nasriq.
Isnin, 24 Oktober 2011
TAKZIAH
Assalamualaikum dan salah sejahtera,
Untuk makluman semua, Pengerusi Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia Tuan Haji Basiron Hamit telah pulang ke rahmatullah awal pagi tadi. Jenazah berada di Desa Moccis, Sungai Buloh untuk disembahyangkan dan akan dikebumikan pada 1030 pagi di Merbau Sempak.
Marilah kita bersama-sama membaca surah Al-Fatihah. Semoga terdapat pahala daripadanya dan disedekahkan kepada arwah. Semoga rohnya ditempatkan di samping orang-orang yang beriman.
Pemergian arwah merupakan kehilangan besar kepada PSGFM. Takziah kami ucapkan kepada ahli keluarga arwah.
Untuk makluman semua, Pengerusi Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia Tuan Haji Basiron Hamit telah pulang ke rahmatullah awal pagi tadi. Jenazah berada di Desa Moccis, Sungai Buloh untuk disembahyangkan dan akan dikebumikan pada 1030 pagi di Merbau Sempak.
Marilah kita bersama-sama membaca surah Al-Fatihah. Semoga terdapat pahala daripadanya dan disedekahkan kepada arwah. Semoga rohnya ditempatkan di samping orang-orang yang beriman.
Pemergian arwah merupakan kehilangan besar kepada PSGFM. Takziah kami ucapkan kepada ahli keluarga arwah.
foto ehsan Cikgu Z
Jumaat, 14 Oktober 2011
Jumaat, 30 September 2011
KERATAN AKHBAR - GAYUNG FATANI PAMER KUASA, HARIAN METRO 30 SEPTEMBER 2011
Kejayaan yang dikecapi oleh Kelab Cikgu Halim yang mewakili PSGFM ke Kejohanan Silat Pra-SUKMA WP Kuala Lumpur di Stadium Badminton Cheras pada 12 hingga 16 September 2011
BUKU SILAT: SEJARAH PERKEMBANGAN KURIKULUM SILAT MELAYU TRADISI DAN PEMBENTUKAN KURIKULUM SILAT MALAYSIA MODEN
Illustrasi Kulit Hadapan: Cikgu Halim dan Cikgu Nik Aderly sedang bermain keris
Buku karya Allahyarham Guru Utama Tuan Haji Anuar Abd. Wahab AMN ini merupakan adaptasi pembelajaran silat di gelanggang ke bentuk bahan ilmiah agar keilmuannya dapat diabadikan atau rujukan dan kajian generasi mendatang.
Buku ini terbahagi kepada 7 Bab yang membincangkan perkara seperti berikut:
Bab 1 - Pengenalan (Pengenalan kepada sejarah silat, budaya dan sastera melayu, silat dan pahlawan serta pendidikan silat Melayu tradisi ).
Bab 2 - Seni Gayung Fatani Malaysia (Sejarah Gayung Fatani, Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia, konsep dan falsafah pendidikan silat).
Bab 3 - Kurikulum (Kurikulum dan perkara yang berkaitan dengan pembelajaran silat tradisi).
Bab 4 - Kurikulum Silat PSGFM Moden Piawai 2002 (Pembangunan kurikulum silat yang lebih bersistematik berdasarkan pendidikan silat tradisi).
Bab 5 - Kerohanian Silat (Amalan-amalan kerohanian dalam Gayung Fatani dan adab-adab yang perlu dipatuhi).
Bab 6 - Huraian Kandungan Pelajaran Silat (penerangan khusus berkaitan kurikulum silat yang telah dibangunkan)..
Bab 7 - Keguruan (Berkaitan hal perguruan Gayung Fatani).
Buku ini merupakan buku wajib milik (macam Buku Rujukan/Teks) bagi setiap ahli. Dapatkannya untuk pengisian penuh dan lanjut.
Isnin, 26 September 2011
KETANGKASAN CIKGU HALIM
Pasti ramai di antara kita yang tidak pernah melihat guru kita Cikgu Halim Hamit beraksi...
Di sini saya titipkan video semasa Cikgu Halim dan Kak Zura mewakili Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia ke Kejohanan Seni Mempertahankan Diri di Perugia, Itali pada 13 hingga 15 Mei 2005. PSGFM telah memenangi pertandingan ini sebaik sahaja tamat menunjukkan persembahan. Antara guru-guru lain yang terlibat ialah Cikgu Aziwahija, Cikgu Shana dan Cikgu Nik Aderli.
Kejayaan Seni Gayung Fatani di pertandingan ini membuktikan nilai tinggi keilmuuan yang ada dalam Seni Gayung Fatani.
Langgan:
Ulasan (Atom)




































